Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2018

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2018
Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2018

NEGERI SABAH
Tarikh: 2-4 Mac 2018
Venue: Kombes Sabah, Putatan

NEGERI SARAWAK
Tarikh: 16-18 Mac 2018
Venue: IKBN Miri
Tel: 082-240631/082-248321

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 23-25 Mac 2018
Tel: 03 -55192326

NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 6-8 April 2018
Tel: 06-7613163/7641480

NEGERI PERAK
Tarikh: 20-22 April 2018
Tel: 05-5489500/501

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 4-6 Mei 2018
Tel: 03-20815800

NEGERI KEDAH
Tarikh: 5-7 Julai 2018
Tel: 04-7324500

WP LABUAN
Tarikh: 20-22 Julai 2018
Tel: 087-415344

NEGERI PERLIS
Tarikh: 3-5 Ogos 2018
Tel: 04-9793505

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 9-11 Ogos 2018
Tel: 09-6222344/09-6222333

NEGERI PULAU PINANG
Tarikh: 31 Ogos-2 Sept 2018
Tel: 04-6554444

NEGERI KELANTAN
Tarikh: 13-15 Sept 2018
Tel: 09-7661200

NEGERI JOHOR
Tarikh: 20-22 Sept 2018
Tel: 07-2232614

NEGERI PAHANG
Tarikh: 4-6 Oktober 2018
Tel: 09-5164354

NEGERI MELAKA
Tarikh: 12-14 Oktober 2018
Tel: 06-2345900/902/903

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem bakat badminton ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda atau Hotline 017-393 1045

Sebarang pindaan atau perubahan tarikh/venue program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

24 April 2018

Datuk Seri M. Saravanan rasmi penutup Kem Bakat Badminton KBS Negeri Perak yang disertai 62 peserta


Seramai 62 bakat muda yang terdiri daripada Bawah 12 tahun telah mengambil bahagian pada Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Perak yang berakhir Ahad lalu.

Program yang julung kali diadakan di Kompleks Sukan Tapah telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri M. Saravanan.

Hadir sama pada majlis perasmian penutup itu ialah Penasihat SRCC Kawasan Tapah, Dato' Haji Samsudin Haji Abu Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, YBrs Encik Mohd Hata Suliman dan Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, YBhg Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek.


10 April 2018

63 bakat muda sertai Kem Bakat Badminton KBS di Kuala Pilah


Seramai 63 bakat baru telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Sembilan yang berakhir kelmarin di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Program selama tiga hari dua malam itu dikendalikan barisan jurulatih berpengalaman Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Mengamatkan lagi program, para peserta kem turut menerima suntikan juara apabila Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Negara, Datuk (Dr) Misbun Sidek meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan mengendalikan beberapa sesi latihan sebelum beliau berlepas menyertai Kejohanan Badminton China Masters yang berlangsung mulai hari ini.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Tuan Yang Terutama Dato' Seri Hasan Malek. 

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Azura Haji Sarbin, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Haji Abdul Rahman Dato' Haji Sidek, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Encik Khairoelnizam Shaari dan wakil Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Adam Khalib.


26 Mac 2018

Para peserta Kem Bakat Badminton KBS Selangor teruja sentuhan perangsang YB Budiman


Majlis perasmian penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor selamat disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi pada kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Azhari Mohammad mewakili Ketua Setiausaha KBS, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor Said, Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Jalani Sidek, Datuk (Dr) Misbun Sidek, Pengarah Cawangan Penggalakan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir dan Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional JBSN, Tuan Haji Haris Ishak. 

Paling mencuri tumpuan ialah sentuhan perangsang Ahli Parlimen Sungai Besar itu buat para peserta Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor. Rata-rata bakat-bakat muda ini cukup teruja dengan kata-kata keramat itu sehingga menggamatkan Sungai Besar Badminton Centre.

21 Mac 2018

Lebih 60 peserta dijangka ambil bahagian Kem Bakat Badminton KBS Negeri Selangor Jumaat ini


Lebih 60 peserta muda dijangka mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor di Sungai Besar mulai Jumaat ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara itu akan berlangsung selama tiga hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...