Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

22 April 2019

Bakat baharu Terengganu didedah latihan sistematik di Kemaman



SERAMAI 60 bakat baharu telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Terengganu yang berakhir semalam.

Program yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Kemaman telah selamat disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Encik Nor Hisham Mohamed mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Turut hadir pada majlis penutup itu ialah Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Wakil Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Cik Noor Farihan Abdullah dan Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri, Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek.

Sepanjang tiga hari dua malam berkampung, para peserta program telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan latihan sistematik termasuk pemakanan atlet, motivasi, skill works, latihan shadow, latihan beregu dan lain-lain yang dikendalikan oleh barisan jurulatih Nusa Mahsuri diketuai Haji Abd Rahman.


08 Mac 2019

Selamat maju jaya buat Danish, Puteri Irdina dan Imran!

Muhammad Danish Mohd Nadzri

Puteri Irdina

Imran Jasni
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Imran Jasni, Puteri Irdina dan Muhammad Danish Mohd Nazri yang terpilih mewakili Negeri Perak bagi menyertai Sirkit Remaja Kebangsaan 2019 Divisyen Dua bagi kategori Bawah 12 Tahun, Bawah 14 Tahun, Bawah 16 Tahun di Kedah mulai  hari ini hingga Ahad.

Semoga ketiga-tiga mereka mampu menjelma prestasi membanggakan pada kejohanan itu. 

Selamat maju jaya semua! Ketiga-tiga pemain ini pernah mengikuti Program Kem Bakat Badminton KBS dan wakil negeri ke Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS. 🏸🏸🏸

05 Mac 2019

69 bakat baharu sertai Kem Bakat Badminton KBS di Selangor


Perasmian Penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor selamat disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Haji Abd Haris Ishak mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara pada semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran Abd Bahar dan Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek. 

Seramai 69 bakat baharu telah mengambil bahagian dalam program ini mulai 1-3 Mac 2019 yang dikendalikan coach Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek dan barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.


26 Februari 2019

Kem Bakat Badminton KBS 2019 bermula di Selangor mulai 1-3 Mac ini


KEM BAKAT BADMINTON KBS-NUSA MAHSURI 2019 Peringkat Negeri Selangor merupakan satu program pengenalan asas sistem permainan yang betul dan bersistematik sukan badminton dan mencungkil bakat-bakat baharu berusia 8 - 12 Tahun. 

Ia dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, sebuah agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara. 

Calon-calon berumur 8 hingga 12 tahun yang berpotensi & mempunyai minat yang mendalam dalam Sukan Badminton dialu-alukan untuk menyertai kem ini. 

**calon-calon di bawah seliaan Kelab Badminton setempat, berkebolehan & mempunyai potensi serta mempunyai minat yang mendalam dalam Sukan Badminton...* DIGALAKKAN UNTUK MENYERTAI KEM INI🏸🏸 

*Penyertaan adalah terhad* Keutamaan diberikan kepada *60 peserta terawal* yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. 

Kepada yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan di *Pejabat Belia dan Sukan Daerah* yang berhampiran atau berhubung terus ke : Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor; Nik Mariyana : 0196237748 Mohd Zaaba :0123436002

12 Februari 2019

7 negeri terpilih separuh tahun pertama laksana Kem Bakat Badminton KBS 2019


Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan melaksanakan Program Kem Bakat Badminton KBS bagi tahun 2019 bagi mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan pada masa akan datang.

Bagi separuh tahun pertama, program akan dilaksanakan di tujuh (7) negeri terlibat iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, Perlis, Perak, Johor, Terengganu dan Sabah. Manakala bagi negeri-negeri lain akan ditetapkan kemudian dan diberitahu dari masa ke semasa.

Jadual terbaharu Program Kem Bakat Badminton KBS 2019

Negeri Selangor
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019
Tel: 03-55192326

Negeri Perlis
Tarikh: 8-10 Mac 2019
Tel: 03-9793505

Negeri Perak
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019
Tel: 05-5489500/501

Negeri Sabah
Tarikh: 22 -24 Mac 2019
Tel: 088-765777/088-761777

Negeri Johor
Tarikh: 11-13 April 2019
Tel: 07-2232614

Negeri Terengganu
Tarikh: 18-20 April 2019
Tel: 09-6222344/6222333

WP Kuala Lumpur
Tarikh: 26-28 April 2019
Tel: 03-20815800

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran program, sila berhubung terus dengan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

04 Februari 2019

Kem Bakat Badminton KBS kembali menjelajah seluruh negara mulai pertengahan Februari ini



PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 akan kembali lagi pada tahun ini dengan Sabah muncul negeri pertama yang akan dijelajahi pada 15 Februari ini.

Berikut Jadual Kem Bakat Badminton KBS 2019

NEGERI SABAH 
Tarikh: 15-17 Februari 2019  

NEGERI SELANGOR 
Tarikh: 21-23 Februari 2019 
Tel: 03-55192326 

WP KUALA LUMPUR 
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019 
Tel: 03 -20815800 

NEGERI PERLIS 
Tarikh: 7-9 Mac 2019 
Tel: 04-9793505 

NEGERI PERAK 
Tarikh: 14 - 16 Mac 2019 
Tel: 05-5489500/501 

NEGERI JOHOR 
Tarikh: 12-14 April 2019 
Tel: 07-2232614  

NEGERI TERENGGANU 
Tarikh: 19-21 April 2019 
Tel: 09-6222344/09-6222333  

NEGERI PULAU PINANG 
Tarikh: 26-28 Julai 2019 
Tel: 04-6554444 

NEGERI SARAWAK 
Tarikh: 1-3 Ogos 2019 
Tel: 082-240631/082-248321 

WP LABUAN 
Tarikh: 23 - 25 Ogos 2019 
Tel: 087-415344 

NEGERI MELAKA 
Tarikh: 30 Ogos - 1 September 2019 
Tel: 04-6554444 

NEGERI KELANTAN 
Tarikh: 12 - 14 September 2019 
Tel: 09-7661200 

NEGERI KEDAH 
Tarikh: 20 - 22 September 2019 
Tel: 04-7324500 

NEGERI PAHANG 
Tarikh: 4 - 6 Oktober 2019 
Tel: 09-5164354 

NEGERI SEMBILAN 
Tarikh: 18 - 20 Oktober 2019 
Tel: 06-2345900/902/903 

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem bakat badminton ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda atau Hotline +6017 393 1045.

(Nota: Sebarang pindaan atau perubahan tarikh/venue program akan dimaklumkan dari masa ke semasa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...