Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

29 Oktober 2018

60 sertai Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Melaka


SERAMAI 60 bakat baharu sekitar negeri Melaka telah mengambil bahagian pada Program Kem Bakat Badminton KBS negeri itu yang berakhir semalam.

Sepanjang program berlangsung kelihatan bakat-bakat baharu ini cukup teruja dan tekun menjalani latihan dibawah bimbingan barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek.di Kompleks Rakan Muda Lendu, Alor Gajah dan Kompleks Sukan KBS Masjid Tanah.

Selain didedahkan dengan latihan di dalam gelanggang, bakat-bakat baharu ini turut menerima ilmu Pemakanan Atlet dan mengikuti sesi motivasi disampaikan barisan Nusa Mahsuri.

Pada hari terakhir, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Tuan Haji Abd Haris Ishak telah hadir merasmikan majlis penutup program. 

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Puan Marina Nafi, Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri, Tuan Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Encik Sodikin Ali.


07 Oktober 2018

63 bakat baharu Kelantan teruja terima ilmu asas badminton



Di Kelantan, seramai 63 bakat baharu telah mengambil bahagian pada Program Kem Bakat Badminton KBS peringkat negeri itu yang diadakan selama tiga hari dua malam di Kompleks Belia dan Sukan Negeri yang berakhir semalam.

Pada program itu, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang diselaraskan oleh barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri termasuklah sesi pukulan bawah & atas, pukulan shadow, senam cergas, motivasi, pemakanan atlet dan sebagainya.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YABrs. Tuan Mod Nadzri Yaacob, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, YBhg Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek dan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs Puan Wan Siti Maisharah Wan Yusoff.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...