Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

07 November 2018

Terengganu azam bangkit dari kekecewaan


Terengganu berazam untuk bangkit dari kekecewaan yang dialami pada Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS tahun lalu. 

Menyedari misi yang kelihatan sukar, Pengurus Pasukan, Ahmad Fadzli Mohammad berkata, pihaknya akan memastikan kemenangan demi kemenangan dicapai di peringkat kumpulan. 

“Sudah pasti kami akan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan yang ditempuh. Kami mahu menang. 

Dua tahun lalu, skuad Sang Penyu itu pernah beraksi di pentas final sebelum tunduk kepada Sabah.

Pengurus Pasukan: 
AHMAD FADZLI MOHAMMAD  
Jurulatih: 
SHAHRIL MAT DESA 

 'Peteh Terengganu Peteh'

Lang Merah sedia terima cabaran


Inilah wajah skuad Lang Merah yang akan membawa cabaran di Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

Biarpun menjadi negeri terakhir dalam penganjuran Kem Bakat Badminton KBS, ia tidak langsung memberi tekanan ekoran kesuntukan masa malah pihak pengurusan skuad sambil dibantu barisan jurulatih sempat mengadakan latihan pusat sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. 

Program latihan selama tiga jam itu berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Jalan Stadium yang diselaraskan oleh Puan Husaini Husain sambil dibantu Encik Muhammad Alli yang bertindak selaku Ketua Kontijen dan Pengurus Pasukan, Encik Rayner Justine dan jurulatih, coach Amirul. 

'Pulun Kedah Pulun'

Nurmasnira serah bendera buat pemain Perlis


Penolong Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Nurmasnira Morad menyerahkan bendera negeri Perlis kepada Kapten Pasukan Afiq A'amar ke Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018 yang diadakan di Dewan Badminton Kangar. 

Turut hadir ialah Ketua Jurulatih Persatuan Badminton Negeri Perlis, coach Izuan Ibrahim serta Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Encik Adzib Ariff.

Sabah optimis pertahan kejuaraan


"Sabah sentiasa mengambil langkah berwaspada dalam usaha mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

"Bagaimanapun, kami optimis untuk merangkul kejuaraan buat kali keempat, namun tetap berwaspada dengan cabaran yang diterima daripada pasukan lain, " demikian tegas Pengurus Pasukan, Abang Syamsulzainuri Abang Sapini ketika mengulas tentang prospek Sabah pada kejohanan kali ini.  

Sabah merupakan juara kejohanan tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2015.  

Pengurus Pasukan: 
 ABANG SYAMSULZAINURI ABANG SAPINI 

Jurulatih: 
 ASROF JUNUS NORFERUZANAH JAFRI 

 #radusabahradu #sabahtatap #originalsabahan

Amanat khas Pengarah JBS buat pemain WP Labuan


Majlis penyerahan bendera WP Labuan dan penyampaian amanat khas daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, YBrs. Encik Hazzan Dahari kepada delegasi pemain ke Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018 telah diadakan di Kompleks Sukan Labuan pada kelmarin.

Mohmad Embong serah bendera negeri kepada pemain Kelantan


Satu majlis penyerahan bendera negeri kepada skuad Kelantan telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada semalam. 

Penyerahan itu telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mohmad Embong kepada Kapten Pasukan, Tuan Muhammad Najmuddin Tuan Daud sambil disaksikan barisan pegawai dan pemain.

Kejayaan suku akhir tahun lalu tonik semangat buat pemain Labuan pamer persembahan lebih mantap


Kejayaan mara ke suku akhir pada tahun lalu nyata memberi tonik semangat kepada barisan pemain WP Labuan untuk memperaga persembahan yang lebih mantap pada Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

Para pemain yang terpilih telahpun menjalani beberapa sesi latihan yang dikendalikan barisan jurulatih Persatuan Badminton WP Labuan. 

Selamat maju jaya Labuan!

Selangor pasang impian menyamai pencapaian 2015


Selangor menyimpan impian untuk menyamai pencapaian gemilang pasukan itu pada kejohanan yang berlangsung di Ilsas Bangi pada tahun 2015. 

" Walaupun bakal menghadapi cabaran getir terutama datangnya dari juara bertahan, Sabah dan naibnya, Kelantan, namun ia tidak langsung merentap semangat barisan pemain untuk membuktikan bahawa impian itu bisa dicapai berkat bimbingan jurulatih berpengalaman, Halim Abu Bakar. Kami akan cuba bangkit dan memberi cabaran sengit kepada pasukan lain. 

"Saya percaya barisan pemain yang terpilih mampu memberi persembahan terbaik mereka dalam menjulang nama Selangor pada kejohanan itu nanti," tegas Pengurus Pasukannya, Puan Nik Mariyana Nik Ahmad. 

Pengurus Pasukan: NIK MARIYANA NIK AHMAD 

 Jurulatih: HALIM ABU BAKAR 

 'Bangkit Selangor Boleh'

Pulau Pinang sasar kelompok empat terbaik


Pengurus Pasukan Pulau Pinang, Saiful Adli Sudin sedar tentangan sengit yang bakal ditempuhi pasukannya dalam saingan Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

" Namun semua itu bukanlah satu penghalang buat skuad Pulau Mutiara itu untuk memecah kebuntuan dalam mencapai kemenangan dan sekaligus memastikan rekod tahun-tahun sebelumnya mampu diatasi dengan melangkah lebih jauh pada kejohanan kali ini. 

" Musim lalu, rekod kami mungkin tidaklah sebaik pasukan lain, tetapi kali ini, sebagai pasukan underdog, kami cuba memperbaiki dan menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik kejohanan," katanya dengan nada yakin. 

Haria Penang Haria! 

 Pengurus Pasukan: ENCIK SAIFUL ADLI SUDIN 

 Jurulatih: ENCIK M. KARTHI

06 November 2018

Lepasi suku akhir sasaran realistik skuad Perak


Melepasi suku akhir adalah sasaran realistik buat skuad Perak pada Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018 yang akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Parampik Negara pada 8-11 November ini. 

Pegawai skuad Perak, Encik Muhammad Badry Basir berkata, sasaran ini diambil selepas mengambil kira persiapan latihan dan kemampuan pemain yang akan mewakili negeri yang cukup sinonim dengan gelaran 'Kejor Yeop Kejor'. 

Pegawai Pasukan: 
MUHAMMAD BADRY BASIR 
 SITI NURBAYA ZAMRI 

Jurulatih: MUHAMMAD ABDUH HUSNY

Gegau Melaka Gegau!


Ketika negeri-negeri melakukan latihan secara berpusat, skuad legenda Hang Tuah, Melaka juga enggan mengalah sebagai persediaan terakhir menghadapi Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Ayer Keroh, seramai 9 bakat baharu yang terpilih mewakili negeri itu gigih menjalani latihan dibawah coach Mael Lempar. 

Pengurus pasukan, Syed Muhammad Zulhelmi yang ditemui kelihatan teruja dengan kegigihan setiap pemain yang mengikuti latihan dan percaya sesuatu keputusan terbaik bakal diperolehi pada kejohanan itu nanti. 

"Seboleh-bolehnya kami akan memikirkan langkah terbaik dan mengatur strategi bagaimana untuk mencapai kemenangan dari satu perlawanan ke perlawanan berikutnya. Moga semuanya berjalan lancar hingga ke hari pertandingan," jelasnya. 

 Ayuh Melaka, selamat mengharungi perjuangan tanpa rasa gentar. 

 Gegau MELAKA Gegau!

Sarawak optimis capai kedudukan lebih baik


Skuad Sarawak optimis untuk mencapai kedudukan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. 

Menurut Pegawai Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Wan Nazri Wan Jawi, pihaknya berkeyakinan penuh dengan barisan pemain yang akan mewakili negeri Bumi Kenyalang ke Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

"Kita optimis akan mencapai kedudukan yang lebih baik dari tahun sebelumnya berbekalkan semangat tinggi dikalangan pemain selain komitmen ditunjukkan dalam sesi latihan pusat yang kita jalankan. 

"Walaupun masa latihan singkat, apa yang penting adalah strategi yang betul serta semangat melawan tinggi yang bisa menjadi ramuan terbaik bagi memastikan impian ini tercapai," katanya. 

Pada semalam, skuad Sarawak telah mengadakan persiapan terakhir yang berlangsung di Dewan Serbaguna IKBN Miri. 

Seramai 9 pemain telah terpilih bagi mewakili negeri Sarawak ke kejohanan penuh berprestij itu nanti. Selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada skuad Sarawak. 

Encang Sarawak Encang.

Negeri Sembilan berazam kekal kedudukan podium


Skuad Negeri Sembilan berazam untuk mengekalkan kedudukan podium yang diperolehi pada lalu. 

" Pada kali ini, kami tidak meletakkan sasaran tinggi disebabkan rata-rata negeri lain pasti telah bersedia melakukan persiapan rapi menghadapi kejohanan ini. 

"Kami berharap mampu mengekalkan kedudukan podium yang diraih tahun lepas," demikian ulasan ringkas ketika diaju tentang persiapan skuad Negeri Sembilan kepada pengurus pasukannya, Encik Shahrizal Ramli. 

Pada tahun lalu, skuad Hoben Jang Hoben menempa sejarah tersendiri apabila berjaya melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir. 

Pengurus Pasukan: ENCIK SHAHRIZAL RAMLI. 

Hoben Jang Hoben!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...