BIARPUN tidak diletakkan harapan menggunung pada kejohanan pada kali ini, team Pahang tidak mahu berputih mata dan berazam akan memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan yang bertanding.
Kegagalan melepasi halangan dalam peringkat kumpulan beberapa kejohanan lalu ternyata memberi tonik semangat kepada barisan pemainnya untuk memecah tembok kegagalan itu sambil mencari kesempatan melangkah ke peringkat lebih jauh lagi.
Pasukan yang cukup dikenali dengan panggilan 'Tok Gajah' kali ini dibarisi ramai muka baharu dan pastinya Pengurus Pasukannya, Puan Nik Zuriani Mokhtar cukup yakin Pahang akan melangkah lebih jauh.
"Rasanya kita akan gempak sikit dan beri saingan sengit kepada pasukan lain.
"Kami mahu melihat barisan pemain kali ini akan mempamerkan prestasi lebih baik. Harap-harap ada peningkatan pencapaian dari tahun-tahun sebelumnya. Doakan kejayaan kami,"ujarnya dengan nada ringkas.
Pengurus Pasukan: Nik ZURIANI BINTI MOKHTAR
HOGOH PAHANG HOGOH!