Skuad Sarawak optimis untuk mencapai kedudukan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Pegawai Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Wan Nazri Wan Jawi, pihaknya berkeyakinan penuh dengan barisan pemain yang akan mewakili negeri Bumi Kenyalang ke Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018.
"Kita optimis akan mencapai kedudukan yang lebih baik dari tahun sebelumnya berbekalkan semangat tinggi dikalangan pemain selain komitmen ditunjukkan dalam sesi latihan pusat yang kita jalankan.
"Walaupun masa latihan singkat, apa yang penting adalah strategi yang betul serta semangat melawan tinggi yang bisa menjadi ramuan terbaik bagi memastikan impian ini tercapai," katanya.
Pada semalam, skuad Sarawak telah mengadakan persiapan terakhir yang berlangsung di Dewan Serbaguna IKBN Miri.
Seramai 9 pemain telah terpilih bagi mewakili negeri Sarawak ke kejohanan penuh berprestij itu nanti.
Selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada skuad Sarawak.
Encang Sarawak Encang.