Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

05 November 2018

YB Asmirul Anuar rasmi penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Kedah


MAJLIS perasmian penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Kedah telah selamat disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Encik Mohd Asmirul Anuar Aris di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Jalan Stadium pada kelmarin.

Dalam ucapan pada majlis berkenaan, YB Asmirul Anuar mengucapkan syabas kepada para ibu-bapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri kem ini biarpun ia bukanlah perkara mudah lantaran kesibukan dengan tugasan masing-masing.

" Saya ingin mengucapkan syabas kepada para ibu-bapa dan waris yang sanggup datang menghantar anak-anak mereka. Bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah, saya  nak melihat anak-anak ini tanpa mengira bangsa dapat mewakili negara dan sekaligus muncul juara dunia suatu hari nanti, "ujarnya.

Hadir sama ialah Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Tuan Haji Abd Haris Ishak,  Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Tuan Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek dan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Tuan Haji Azlee Abdullah.

Seramai 67 bakat baharu berusia bawah 12 tahun telah mengambil bahagian pada program yang dianjurkan selama tiga hari dua malam itu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...