PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS kembali lagi. Selepas Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak, kini tiba pula masanya giliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah program yang akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara mulai 3 - 5 Ogos ini.
Seramai 60 peserta dijangka mengambil bahagian selama tiga hari itu yang akan diselaraskan oleh barisan jurulatih Nusa Mahsuri.