Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

04 April 2011

75 peserta gegar Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Selangor

Foto Oleh: Lia Murni Misbun

SERAMAI 75 peserta telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Selangor yang telah berlangsung di Kompleks Insitut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bahru yang berakhir semalam.

Program tersebut anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara. 

Ia dikendalikan oleh tenaga jurulatih profesional diketuai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu oleh Hj Abdul Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Nor Nikman, Misbun Shawal Misbun, Misbun Ramdan Misbun, Ridzwan Rahmat dan ramai lagi.

Majlis penutup kem telah disempurnakan oleh Encik Madzrib Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara yang diwakili Encik Ghani Abdul Rahman, Pengarah Cawangan Kemajuan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir ialah Haji Wan Sallam Wan Yusoff, Pengarah IKBN Peretak, Encik Isa Aziz, Timbalan Pengarah Sukan JBS Selangor.

 

Untuk memperolehi foto-foto menarik mengenai kem ini, sila layari disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...