UniKL BMI Gombak bakal menjadi
lokasi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur yang akan bermula petang ini selama tiga hari.
Kampus universiti terkenal Kuala Lumpur ini terletak bersempadanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Lebih
70 peserta yang terdiri daripada bakat-bakat baru berusia 9-12 tahun
sekitar ibu kota dijangka mengambil bahagian didalam program ini yang
akan dibimbing lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek dan
barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.