Venue latihan...Kem Bakat Labuan. |
SELEPAS mengharungi perjalanan ke dua negeri di sebelah utara Semenanjung, kini tiba masanya team Urusetia Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri 'terbang' pula ke Wilayah Persekutuan Labuan selama tiga hari mulai petang esok.
Kunjungan kali yang kedua ini bagaimanapun akan menampilkan venue latihan berbeza bilamana pihak Universiti Malaysia Kampus Antarabangsa Labuan bersetuju memberi kebenaran kepada urusetia Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri menggunakan Dewan Utama yang menempatkan gelanggang badminton dan penginapan kepada para peserta kem.
Lebih 60 bakat muda sekitar pulau bebas cukai itu dijangka akan mengikuti program latihan Kem Bakat yang akan dikendalikan oleh bekas pemain no.1 negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek.