SELEPAS Johor dan Pahang, kini tiba masanya Pulau Pinang bakal menerima kunjungan urusetia Kem Bakat Badminton mulai esok yang akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN), Batu Uban.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan, JBSN Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan diadakan selama tiga hari.
Info lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Bahagian Sukan, JBSN Pulau Pinang di talian 04-6554444.