Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

16 Disember 2015

Sabah juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Kebangsaan 2015


SABAH Berjaya memperagakan aksi mantap sepanjang Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Kebangsaan 2015.

Ini terbukti apabila skuad Bumi Kenyalang itu dinobatkan sebagai juara kejohanan selepas menundukkan Selangor pada aksi final yang cukup mendebarkan di TNB ILSAS, Bangi baru-baru ini.

Pengurus Pasukan, Mohd Dzulfahmi Mohd Tahar sambil dibantu jurulatih Abdul Malik Zainal akhirnya menarik nafas lega ketika pengumuman juara menjadi milik Sabah berdasarkan kiraan mata setelah kedua-dua finalis terikat kedudukan 8-8 sebaik sahaja tamat keseluruhan permainan.

Dzulfahmi sewaktu ditemui berkata, kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan dorongan kuat yang dimainkan semua pihak selama ini termasuk barisan jurulatih dan ibu-bapa.
Sabah berjaya membawa pulang hadiah RM6,000 manakala Selangor tetap berpuas hati dengan RM3,500.

Sementara itu, Kuala Lumpur dan Terengganu mendominasi tempat separuh akhir turut menerima hadiah RM2,000 setiap pasukan.


Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan TNB ILSAS Bangi yang bermatlamat mencungkil bakat-bakat baru  di peringkat akar umbi selain memberi peluang pendedahan kejohanan dan latihan badminton yang sistematik.

Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan selama tiga hari tu.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Cawangan Penggalakkan dan Pembangunan Sukan KBS, Abdul Ghani Abdul Rahman manakala  pembukaan rasmi Kejohanan  dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KBS, Lokman Hakim Ali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...