Seramai 42 bakat baru berusia 9-12 tahun telah mengambil bahagian pada Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor.
Program selama tiga hari yang bermula 22 -24 Julai 2016 dikendalikan oleh tenaga jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai Datuk Dr Misbun bin Dato' Sidek.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSNS), Puan Musyrifah binti Elias.
Hadir sama ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling, Encik Syed Mashor bin Wan Mahbar, Pegawai Pusat Sukan UiTM Shah Alam, Encik Zamri bin Abdul Kahar
Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Norsuzila binti Zinudin
dan Ketua Jurulatih Program, Datuk Dr. Haji Misbun Sidek.
Turut melakukan lawatan dan pemantauan ialah Pengarah Cawangan Pembangunan dan Penggalakan Sukan, Bahagian, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir.