Program Kem Bakat Badminton akan kembali lagi mewarnai kalendar aktiviti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 2016.
Kira-kira 15 lokasi telah dipilih bagi pelaksanaan program kali ini meliputi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebagai permulaan, Negeri Selangor menjadi lokasi pertama program yang akan diadakan di Pusat Sukan UiTM Shah Alam bermula 22 - 24 Julai ini manakala lokasi terakhir dijangka melibatkan Negeri Sembilan.
Bagi memperolehi info lanjut berhubung program ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berhampiran dengan anda.