Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

27 September 2016

50 bakat muda serlah bakat di Perlis


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

Seramai 50 bakat muda sekitar negeri Perlis telah mengambil bahagian pada Program Kem Bakat Badminton peringkat negeri itu bermula 23-25 September lalu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis dekat Kangar.

Menurut Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis, Encik Karim Khan, jumlah permintaan bagi menyertai program ini amat memberangsangkan. Bagaimanapun, pihaknya menghadkan penyertaan kepada 50 orang sahaja dengan mengambil kira pelbagai sudut termasuk peruntukan yang disediakan.

"Dengan adanya program seumpama ini, sedikit sebanyak memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengasahkan bakat dan  mempelajari ilmu daripada jurulatih berpengalaman.

Program selama tiga ini dikendalikan oleh barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai oleh Datuk (Dr) Misbun Sidek disamping turut menerima modul Sains Pemakanan yang disampaikan Pegawai Kesihatan Negeri Perlis, Encik Nubairi Adha Yusof. 

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Pengarah JBSN Perlis, Tuan Haji Othman Abdul. Turut sama hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Perlis, Puan Nadlin Alwi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...