Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN
PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh baru-baru ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 62 orang peserta.
Selain menerima pendedahan dan tunjuk ajar sistem permainan badminton yang betul daripada barisan jurulatih berpengalaman Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri) selama tiga hari para peserta kem turut diberi pengetahuan berhubung asas pemakanan atlet yang disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Puan Rohana Yaa'kof.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Haji Ariffin. Hadir sama ialah Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani bin Dato' Haji Sidek.