SERAMAI 58 orang yang terdiri bakat muda yang berusia 9-12 tahun telah menyertai Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Sarawak yang berakhir kelmarin.
Program yang diadakan selama tiga hari anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri itu berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.