Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat WP Kuala Lumpur 2018

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat WP Kuala Lumpur 2018
Dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YBhg Dato' Lokman Hakim bin Ali.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2018

NEGERI SABAH
Tarikh: 2-4 Mac 2018
Venue: Kombes Sabah, Putatan

NEGERI SARAWAK
Tarikh: 16-18 Mac 2018
Venue: IKBN Miri
Tel: 082-240631/082-248321

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 23-25 Mac 2018
Venue: Sungai Besar
Tel: 03 -55192326

NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 6-8 April 2018
Venue: KRM Kuala Pilah
Tel: 06-7613163/7641480

NEGERI PERAK
Tarikh: 20-22 April 2018
Venue: Kompleks Sukan Tapah
Tel: 05-5489500/501

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 3-5 Ogos 2018
Venue: Stadium Juara, Bukit Kiara
Tel: 03-20815800

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 9-11 Ogos 2018
Tel: 09-6222344/09-6222333

NEGERI PERLIS
Tarikh: 7 - 9 September 2018
Tel: 04-9793505

WP LABUAN
Tarikh: 14 - 16 September 2018
Tel: 087-415344

NEGERI JOHOR
Tarikh: 20 - 22 September 2018
Tel: 07-2232614

NEGERI PULAU PINANG
Tarikh: 28 - 30 September 2018
Tel: 04-6554444

NEGERI KELANTAN
Tarikh: 4 - 6 Oktober 2018
Tel: 09-7661200

NEGERI KEDAH
Tarikh: 11 - 13 Oktober 2018
Tel: 04-7324500

NEGERI PAHANG
Tarikh: 19 - 21 Oktober 2018
Tel: 09-5164354

NEGERI MELAKA
Tarikh: 26 - 28 Oktober 2018
Tel: 06-2345900/902/903

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem bakat badminton ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda atau Hotline +6017 393 1045..

Sebarang pindaan atau perubahan tarikh/venue program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

02 Disember 2016

Sabah pertahan juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS buat dua musim berturut-turut


Foto Oleh: Lia Murni Misbun

IMPIAN Kontijen Negeri Sabah gelaran juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS buat dua musim berturut-turut akhirnya tercapai selepas menewaskan Terengganu 4-1 pada pentas final kejohanan itu yang berlangsung di Pusat UiTM Shah Alam baru-baru ini.

Berikutan kejayaan ini,Negeri Di Bawah Bayu berjaya membawa pulang hadiah RM2,000, tropi, medal dan raket setiap pemain yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian dan Belia dan Sukan (KBS), Yang Berbahagia Dato' Lokman Hakim bin Ali pada majlis perasmian penutup kejohanan yang disambut penuh gemilang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg Datuk Hatipah binti Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Sukan),  Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan  Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Cawangan Pembangunan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NusaMahsuri), YBhg Dato' Seri Mohd Jalani bin Dato' Haji Sidek dan Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri,  YBhg Datuk (Dr) Misbun bin Dato' Haji Sidek, Dato' Mohamad Razif bin Dato' Haji Sidek dan Haji Abdul Rahman Dato' Haji Sidek.

Kontijen Kedah dan Selangor pula muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat.

Kira-kira 15 kontijen telah mengambil bahagian pada kejohanan yang diadakan selama dua hari itu termasuk dua kontijen daripada Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.

Sementara itu, dua bakat muda, Muhammad Danish dan Shaneesa yang masing-masing berusia 7 tahun dan 9 tahun dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pada majlis penutup tersebut, satu perlawanan khas VVIP mencuri tumpuan ramai yang yang melibatkan aksi gandingan Dato' Lokman Hakim/Mohd Ziyad Md Tah menentang Datuk (Dr) Misbun/Dato' Mohamad Razif selain penampilan khas daripada Sidek Brother's.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...