Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

18 September 2018

Kem Bakat Badminton KBS beri impak besar buat bakat baharu Labuan


Majlis perasmian Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat WP Labuan selamat disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, YBrs. Encik Mohd Hazzan Dahari pada kelmarin.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Badminton WP Labuan, Encik Shaiful Rizal, Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Puan Bazlina Bakri dan Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri, Haji Rahman Sidek. 

Paling menariknya, sambutan program tahunan di Labuan kali ini turut memberi impak besar dan semangat tinggi kepada para peserta kem apabila ramai warga ibu-bapa dan keluarga memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan oleh urusetia program. 

Seramai 60 bakat baharu telah mengambil bahagian pada program yang diadakan selama tiga hari dua malam itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...