KRM Puchong..destinasi Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri Negeri Selangor. |
PROGRAM pencarian bakat menerusi Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri kini sampai ke penghujungnya.
Pada 14-16 Disember ini, Kompleks Rakan Muda Puchong akan menjadi destinasi persinggahan terakhir bagi peringkat negeri Selangor.
Lebih 60 bakat baru berusia 9-12 sekitar negeri Selangor dijangka mengambil bahagian pada program selama tiga hari itu.
Pada tahun ini, program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri ini melibatkan 15 lokasi terpilih di seluruh negara.