Pada tahun lalu, hampir 100 orang telah mengambil bahagian yang diadakan di dua lokasi iatu Kota Kinabalu dan Putrajaya.
Selain dari itu, beberapa peserta yang mengikuti program ini turut terpilih melatih dan mengiringi pasukan negeri masing-masing pada Kejohanan Badminton Future X-Plode Peringkat Kebangsaan selama lima hari pada 20-24 Disember 2012 di Inspen Putrajaya.
Pada tahun ini, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara bersetuju mengadakan program ini di empat lokasi terpilih mencakupi Puchong, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Program ini akan dikendalikan sendiri legenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional NMBC termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Datuo' Sidek, Salim Sameon dan Zulfari Abdullah.
Berikut tarikh dan lokasi program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton:-
KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI I
Tarikh: 7 - 9 Jun 2013 (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor
KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI II
TarikhL 13 - 15 Jun 2013 (Khamis-Sabtu)
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan
KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI III
Tarikh: 21 - 23 Jun 2013 (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Putatan, Sabah
KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI IV
Tarikh: Akan dimaklumkan kemudian
Lokasi: Kuching Sarawak
Untuk keterangan lanjut berhubung program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton ini, sila berhubung Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.